Teknik Mengawal Lapar Berpuasa

on 15.7.13

Pengganti makan nasi untuk turunkan berat badan
Alihkan perhatian

Sibukkan diri anda dengan pelbagai kerja untuk mengelakkan rasa lapar. Buatlah sesuatu yang anda suka seperti menelefon kawan dan sebagainya. Jika anda fokus terhadap sesuatu kerja, kelaparan yang dirasai pasti akan berkurang.

Latihan kardiovaskular

Luangkan masa anda melakukan aktiviti kardiovaskular. Senaman yang ringan juga membantu mengurangkan rasa lapar.

Rehat

Jika tidak berkesan, dapatkan rehat pada waktu petang. Rehat sekejap akan membuatkan fikiran anda cepat menerawang dan sedar tak sedar, sudah hampir masuk waktu untuk berbuka. Dapatkan tidur yang cukup juga boleh menurunkan paras ghrelin dalam badan.

Kawal pengambilan makanan

Ketika waktu sahur, jangan terus menelan makanan anda, makan terlalu cepat menyebabkan anda makan berlebihan dan berpotensi untuk cepat lapar. Sebenarnya, otak mengambil lebih masa yang lama daripada perut untuk menerima mesej anda sudah kenyang. Jadi, telan dan kunyah makanan anda perlahan-lahan. Sebelum makan, amalkan meminum air.

Abaikan kepedihan

Bagi mereka yang baru sahaja belajar berpuasa, mereka pasti mengalami pedih akibat lapar. Cuba biarkan sakit itu dan anda pasti akan terbiasa. Bacalah buku atau apa sahaja yang dapat memotivasikan kamu.

Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Serat adalah senjata utama bagi pengamal diet untuk menahan nafsu makan mereka. Bijirin penuh berkhasiat, rendah lemak dan kaya dengan serat. Bijirin penuh juga bagus untuk menurunkan kalori. Sesetengah sayuran seperti brokoli dan cendawan mengandungi banyak serat, amalkannya untuk membuatkan anda lebih bertenaga walaupun tanpa makanan. - sumber

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.