Ustaz Tak Bagi Pos Gambar Makanan di Facebook

on 17.7.13

Kenapa perlu bersyukur

Bulan puasa ini, ramai orang post gambar makanan kan. Macam kes Alvin dan Vivian ini lagi la teruk. Apa pun niatnya, kelakuan ini tidak dipersetujui penceramah, Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya berkaitan amalan baik di bulan Ramadan, Dr. Basit memberi contoh fakir miskin yang melalui restoran lalu teringin hendak menjamah makanan tapi tiada duit, sesetengah orang yang melihat gambar makanan yang dipos di FB pun teringin hendak menjamah makanan lazat yang dinikmati pengepos gambar tapi tidak mampu.

Tidak mampu itu pula tidak semestinya kerana faktor kewangan semata-mata tetapi mungkin kerana jarak dan masa. Secara tak langsung, pasti dia akan berasa terliur, kecewa dan terkilan.

“Tak baik begitu, tak bersyukur namanya. Bersyukur ini panggil orang makan, bukan tunjuk gambar yang kita makan,” kata Dr Basit.

Jadi selepas ini, timbang-timbangkanlah dahulu sebelum mengepos gambar makanan ke dalam Facebook sumber.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
3 Comments

{ 3 Komen... read them below or add one }

diana said...

betul jugak..kan..tapi blog pompuan mesti nak tunjuk gambar makan..kat fb pun sama..heh


July 17, 2013 at 10:18 PM
Puteri Kasih said...

dekat-dekat waktu nak berbuka memang ramai yang akan pos gambar makanan :)


July 17, 2013 at 10:23 PM
cahaya said...

ada byk sb kot org nak tunjuk makn hee cam kt blog sb org tu bt resepi mee makan dia kena tunjuk pic makn heee...sesekli tk per jgn selalu pedih mata anak tekak leleh di buatnya


July 18, 2013 at 10:07 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.