Anggota Polis Mabuk Semasa Bertugas

on 13.1.14

anggota polis ditangkap

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota peronda mabuk ketika bertugas terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.





Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
1 Comments

{ 1 Komen... read them below or add one }

Izzuddin Fauzi said...

Puaslah kena tindakan... Tidak sepatutnya perkara sebergini berlaku... Risau orang awam jadinya ;)


January 15, 2014 at 12:55 AM

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.