Info Mengenai Kenderaan Presiden AS

on 2.7.14

Cadillac One
Cadillac One

Kereta rasmi yang digunakan oleh presiden AS.

Dibina dan diubah suai daripada gabungan kereta limosin jenis Cadillac DTS yang menggunakan kerangka Chevrolet Kodiak.

Komponen kenderaan ini juga hasil gabungan daripada beberapa kenderaan lain seperti lampu depan, cermin sisi dan pemegang pintu daripada Cadillac Escalade. Lampu belakang adalah daripada Cadillac STS.

Dalam setiap penerbangan rasmi presiden AS. Cadillac One akan diangkut oleh pesawat C-17 Globemaster bersama sebuah lagi limosin berperisai iaitu Chevrolet Suburban yang dikenali sebagai Road Runner.

Road Runner mempunyai kelengkapan perhubungan terus kepada satelit tentera iaitu SATCOM menerusi sambungan penjejak yang dipasang atas kenderaan berkenaan.
Badan Cadillac One dilapis perisai 8 inci bagi menangkis serangan peluru termasuk berkaliber tinggi.

Keseluruhan tingkap dan cermin adalah daripada kaca kalis peluru 5 inci lima lapisan.

Tayar kenderaan ini daripada jenis Goodyear yang diperkuatkan dengan lapisan Kevlar bagi mengelak ia bocor akibat ditembak atau terkena benda tajam.

Kekemasan ruang dalam termasuk ruang udara juga ditutup bagi mengelak serangan gas memasuki kenderaan.

Ruang tangki juga dibalut dengan lapisan khas bagi mengelak ia bocor atau meletup akibat impak letupan atau kemalangan.

Ruang but simpanan belakang dilengkapi dengan peralatan pemadam kecemasan, tangki oksigen, topeng gas, senjata api dan pelancar roket.

Mampu membawa tujuh orang di bahagian penumpang belakang dan tiga orang di depan termasuk pemandu dan ejen khas.

Cadillac One menggunakan diesel sebagai bahan bakar.

Pemandu Cadillac One dilatih oleh agensi perisikan khas bagi membawa kenderaan dengan cekap, cepat dan selamat.

Jika tidak menaiki Cadillac One, presiden AS boleh memilih untuk menaiki Chevrolet Suburban atau sebuah bas berperisai jenis Prevost dikenali sebagai Ground Force One.

Iklan Text :
1- Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita
2- Buat Duit dengan Kitab Teknik SEO
3- Panduan Video Lengkap Membina Blog WordPress Sendiri
4- Panduan Lulus MUET

Ranking: 5
Comments
0 Comments

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Terbelog.com All Rights Reserved.